Pages

Friday 14 May 2021

Sibu,Sarawak

Bulan 2 tahun lepas aku dengan dua orang roomate pergi Sibu,Sarawak. Sebenarnya takda la plan beria sangat cuma kitaorang satu rumah memang jarang gila pergi outing even dekat Kuching haha pastu dah sem last. So a week before tu survey la kat mana destinasi yang nak ditujunya,mula-mula nak pergi Sri Aman,Lubok Antu kononya nak tengok taman negara dekat Sungai Kinabatangan ehek tapi lepas tengok kekangan bajet sebab resort je ada kat situ pastu macam seram tiga orang je perempuan dekat hutan tu. Askor tak askor takot jugak la kalau pergi tempat orang. Malam Jumaat nak pergi, Khamis rasanya beli tiket bas. Took 7hours+ jugak nak sampai Sibu tapi seat bas dia unik, tengok bawah.


Macam Sofa 

Kitaorang sampai dalam pukul 6 pagi pastu kelam kabut cari surau tak jumpa last2 jumpa jugak masjid dalam 2KM dari tempat turun bas.



Sampai2 masjid kunci pulak tandasnya,Subuh gajah. Masjid ni cantik and dekat dalam dia literally kosong, ada pon sejadah tok imam je hahaha. Lepas solat, kitaorang pergi pasar Sibu. Ni on the way pergi pasar.

Pasar ni dia campur halal and non-halal, cumanya yang non-halal dia letak asing dekat ruangan yang tertutup dengan kaca, hampir jugak la nak termasuk tapi ada bau yang mencengkam jiwa menghalang hoho. Niza beli mee kolok, aku beli nasi lemak, EE beli kuih tradisional yang aku lupa nama dia. Semua seringgit. Satu yang tak best dekat sini selain tempat solat, yang jarang ada adalah tempat makan muslim. Citizen sini ramai Chinese, kitaorang jadi minority and uncle2 panggil amoi sepanjang hari.




Settle makan, kitaorang pergi Sibu Heritage Centre. Sumpah menarik even tempat ni takda orang selain kitaorang and pekerja dekat situ. Banyak sejarah yang dulu belajar dari buku teks tu muncul balik, Rosli Dhobi la antaranya, keluarga Brooke takyah cakap la memang ada. Takda gambar, ikot rules lagipon seram nak ambik gambar barang-barang lama ni. Lepas tu kitaorang masuk Mall dekat Wisma Sanyan. Dulu wisma ni antara bangunan tertinggi la dekat Sarawak, tapi tu dulu la.

Done melawat, kitaorang cari hotel. Mula-mula nak cari OYO punya hotel la sebab murah tapi saya ini memilih hahaha aku baru sedar diriku sebegini. Last2 dapat hotel ni RM45 je semalaman,kongsi 3orang baru RM15 sorang. Selesa and paling best sebab dia tengah2 bandar, kitaorang target nak pergi pasar malam Sibu so macam ngam. Petang dalam kul 2 or 3 camtu kitaorang keluar pergi makan dekat satu restoran Indon ni, Mee Sapi dia sumpah best kalah mee kolok Kuching. Restoran ni tepi pasar Sibu je, aku sempat beli buah Durian yang aku tak pernah jumpa pon kat Semenanjung or Kuching. Sedap tapi mahal sikit compare durian biasa dan dia tak berbau like normal durian. 

Durian

Mee Sapi sedap,siap nak repeat keesokannya tapi dah tutup

Done makan, jalan lagi pergi tengok Tokong Tua Pek Kong pastu decide pergi mall apa ntah lupa, jauh jugak dari pekan Sibu tu menyesal pulak sebab kitaorang pergi masa Cap Goh Meh, so malam tu susah gila nak cari grab nak balik pekan. Kitaorang rushing sebab nak kejar Night Market Sibu. Nasib sempat fuh. Sekali lagi ada jugak non-halal food kat sini tapi dia asingkan jauh sikit.Tua Pek Kong Temple tu diorang bukak lampu malam tu cantik gila tapi tak sempat nak ambik gambar sebab kitaorang pergi makan dulu pergi balik situ dah light off end up kitaorang berjimba kat hotel.

Ramai-ramai dekat belakang tengah nak beli khinzir HAHA.



Esoknya, tidur sampai nak jam 12 baru check-out, sebab masing2 letih haha bayangkan la sepanjang trip dua kali je naik grab, yang lain semua jalan kaki. Bas kitaorang ambik pukul 10 malam, so masa ada banyak lagi untuk ronda-ronda. Check-out, lunch dekat restoran depan Wisma Sanyan, sebab kat situ confirm halal lagipon banyak pilihan macam foodcourt tapi version restoran. Nasi ayam dia padu. 


Pergi masa awal-awal covid haritu, masa ni kes dekat China je kot ada so pakai la 
mask lebihan jerebu haritu, btw belakang tu Sungai Rajang.


Lepas tu, pergi pasar lagi ofc la sebab malam tu dah nak naik bas, pagi Isnin kelas XD. Singgah bundle jap, banyak kasut Converse. Niza cakap murah compare market, betul la murah. Hala ke petang tu kitaorang chill2 tepi Sungai Rajang depan tokong, takot jugak la ada buaya tapi buayanya takda, Jet Ski ada la hahaha. Borak-borak dengan uncle sorang ni, dia memancing lek-lek dengan 7 kail and bekal beer dia kat situ sambil buat lawak dekat kitaorang. Katanya anak dia belajar dekat Swinburne, Kuching. Kitaorang saja tunggu situ ingatkan lampu tokong tu nak bukak, rupanya takda dah, special ocassion je diorang bukak. Kiranya bertuah jugak la sempat tengok, sumpah cantik. 


Kalau nak pergi Kapit or Kuching ke boleh naik Feri atau kalau kawasan 
dekat-dekat boleh naik bot macam ni, lalu Sungai Rajang.

Pergi night market Sibu untuk the last time before balik, pastu gerak stesen bus dia.


Ni umai si obor-obor, sedap makan dengan nasi putih.

Satu benda yang aku perasan kat Sibu ni, public toilet dia sumpah nice compare semenanjung. Bayangkanla stesen bas terbuka penuh dengan orang tu, tandas dia boleh bau pewangi memang jauhh la dengan TBS. Tunggu punya tunggu, elok naik bas, bas rosak pulak hahaha, tunggu sejam lagi tukar bas lain.

Bas dekat sini hebat-hebat, boleh letak motor sekali.

Dah naik bas ke Kuching, sampai Kuching jam 5 pagi lebih, solat pastu tunggu grab nak balik UNIMAS, kelas pukul 8 tetap pergi contohi akak adik-adik. Best experience, even dua hari je. Awal tu Ee nak buat kerja gila , time pergi tu dia tak nak turun bas dekat Sibu tapi nak turun kat rumah dia, Miri hahaha.Sibu ni boleh dikatakan tengah Sarawak, so kejang bontot separuh hari lagi baru sampai. Padahal kitaorang beria nak pergi Miri sebelum tu, dia cakap takyah takda apa yang menarik sekarang dah menyesal sebab Pantai Tusan dah roboh baru-baru ni. Tu je cerita short trip, tahun last study baru nak pergi short trip bagai tetiba corona datang, takda rezeki dah so kesimpulan dia kalau ada peluang nak buat sesuatu dalam hidup tu buat je, tiber motivasi. Betul la dulu hujung minggu sibuk nak join latihan sebab nak duit, ada duit lebih, peluang pulak takda.Ok la tata.

Kamsahamnida!

Wednesday 15 April 2020

Tauliah, the biggest reward after three years Part 1.

Tahun lepas, hujung bulan 7 aku pergi tauliah dekat UTM Skudai, Johor tapi sebelum pergi sana aku pergi Sarawak dulu balik UNIMAS ambik barang-barang apa yang patut kiranya gerak dari sana.

Ni gambar kilat kasut dekat rumah dengan harapan nanti sampai sana polish sikit-sikit jer.Kanan before Kiri after.

Flight kitaorang dari Kuching ke Johor free, kerajaan tanggung.First time la orang belanja flight dan amazed sebab boleh kira 70% of the flight full dengan kitaorang.


Sorry gambar Airforce takda dalam simpanan.



Dah sampai Johor. Ni Mortar geng, gali kubu sama-sama and cepat2 sebab nak tidur sambil stargazing dekat hutan, one of the experiences yang paling aku bangga dalam hidup aku sebab fedup nak mampos huhu.

Ni pulak hostel UTM,3minggu tidur sini.




Sorry tak senonoh just nak emphasize first day latihan dah ada halal gap dekat dahi.

Kitaorang pergi sana dalam awal 5 hari rasanya sebab nak revise apa yang patut before masuk kawad dengan universiti lain, semua universiti awam la basically. Official first day, kitaorang kena kumpul dekat dewan watikah. First day, aku dah hilang spek sebab masa tu kalut ada ice breaking buat kumpulan. Satu kumpulan, 100 orang haha ramai nak mampus tapi still in control, ashkerrr en. Dalam group aku, empat orang je dari UNIMAS yang lain merata. Macam biasa ada trademark semua tu and dekat sini aku amazed dengan UPNM sebab ramai yang lead the groups termasuk group aku. Pastu episode malang aku berterusan lagi bila kena wakil ulas pasal group aku, aku dah buat muka confident kot dengan harapan dia pass mic dekat orang yang malu-malu kucing menunduk2 tu nasib gak rabun tak nampak orang bawah.

Kopi Wonda ni kadang-kadang mampu menyelamatkan diriku daripada tidur.Skin was getting worse.

One word,Barai.

Kalau nak tanya buat apa jer dekat Johor ni,basically rutin harian kitaorang, pagi bangun 4.30 atau 5.00 gitu bangun mandi, ambik weapon sebab kawad pakai tu. Solat subuh, turun makan.Pukul 7 pagi gerak pergi padang kawad, jalan kaki je.Universiti lain dengan bas masing-masing, kalau UNIMAS dengan UMS tiba-tiba bawak bas sendiri terkejut semua orang.Pukul 7.30 camtu rasanya, masuk padang.Kawad punya kawad punya kawad,tengahari balik makan.Petang dalam Kul 2 sambung kawad sampai petang.Tak kisah la hujan ke apa harung je.


See?I'm not joking.Cc photographer yang sudi share link,Tq.

Ada hari yang nasib baik, kitaorang dapat balik kawad awal. Malam pulak kumpul dekat dewan watikah praktis nak terima watikah dari TMJ(time tu). Balik malam tu, kiwi kasut.Baju takyah iron heaven sikit sebab Cik Kong hantar dobi dry cleaning. Ada hari kena kumpul untuk test baju One dress. Ada satu hari tu dapat main frisbee by group yg form awal-awal tu.Tauliah ni first time lain daripada yang lain dulu takdanya pukul 5 lebih dah boleh balik. Aku boleh cakap camtu sebab aku join fitik masa tauliah senior dulu dekat Penang.

Mandi hujan sama-sama padahal masing-masing tak kenal.
Lepas gabung markah dekat dewan and frisbee ni, dapat la juara keseluruhan.Hadiah dia duit and diorang decide bagi dekat skuad yang ada parents diorang meninggal time tu.Masa tu aku rasa macam terharu jap dapat kawan-kawan baru cemni sebab masing-masing baru kenal kat situ.


Tak tahu day ke berapa.
Ni maybe awal-awal putih ciket.

Rahsia bahu tegak.
Fedup ke kadet.




A day before tauliah.
My Essential kit.
Kit ni akan pakai lepas kau dah mengah-mengah kawad tu, kira dah official jadi Leftenan Muda,  simpan weapon tukar kasut and kit dekat backstage la kiranya.Sumpah mengah,sebab lepas tu kau kena berlari ke dewan macam marathon tu bukan berlari-lari anak ya kawan-kawan.



Pagi nak tauliah,muka panau of the day HAHAHA.

Nanti Part 2 pulak aku sambung sebab banyak sangat dah.Saja share banyak-banyak dekat sini even aku patut guna google drive kalau takot sangat hilang.Daaaa zzzz.
Kamsahamnida!

Sunday 25 August 2019

Sunway Lagoon Theme Park, Malaysia.

Hari ni aku nak share pengalaman pergi Sunway Lagoon sorang-sorang. Ya, saya seorang loner tasik unimas. Aku beli Annual Pass which kau boleh masuk sepanjang tahun. Beli masa Matta Fair, harga RM199 time tu promo so macam rugi pulak tak beli dan rumah sewa aku dekat dengan Sunway, macam ngam sangat la kan. By the way, aku beli ni sebab 6 bulan lepas aku intern dekat KL logically aku ingat setiap minggu aku akan pergi tapi silap rupanya haha. Original price per entry dalam RM124+. Sepanjang aku intern tu, tiga kali je la aku pergi,so kalau RM124x3 sedapkan hati dah macam berbaloi la harga RM199 yang aku bayar tu untuk melayakkan kau masuk sepanjang tahun.

Kalau Lost World of Tambun aku boleh conquer satu hari  tapi Sunway Lagoon ni susah la sikit . Dia ada list Top 10 Must Try which aku dah try yang nombor 1,2,3,5,7 dan 10.


Selain tu, dia ada banyak lagi attraction. Macam dalam gambar ni, luncur air tapi ramai sangat orang so aku taknak beratur. Lagipun tengah-tengah beratur tu ada akak tu tergolek sana sini haha so aku tak nak benda tu jadi dekat aku.



Kalau tak nak basah-basah main la benda lain contonya memanah ni.

Ini pulak Waterplexx 5D yang termasuk dalam top attraction tadi, biasa kalau macam vr ni akan buat kita pening yedok, tapi yang ni kira ok la menarik. First-first aku pergi sunway lagoon aku tak plan nak mandi, so aku pakai jersey and jeans jer masuk ni sebab lepas tu nak pergi Sunway Pyramid and know what? Basah lecun weh sebab kebetulan aku duduk spot dekat tempat yang keluar air kiranya paling banyak la sebab lepas-lepas tu aku masuk tapi spot lain air dia biasa-biasa je. Aku siap tutup dengan kasut lubang air tu sebab basah sangat jadinya jeans aku tu.




Ini tempat beratur untuk flying fox. Lama jugakla tunggu,tapi berbaloi.




Overall sangat best lagi-lagi kalau kau pergi ramai-ramai boleh jerit sama-sama masa naik roller coaster contohnya dan kebanyakan kalau perasan game dekat sini kena ada pair. Aku pergi sorang-sorang je dah cakap kan tadi loner haha, bangla kerja kat situ pon terkejut masa aku nak naik benda kat bawah ni and know what? Dia letak aku dalam couch yang sama dengan sepasang couple ni, jadi third-wheel HAHAHAHA siut rasa nak carut je depan dia tapi takpala couple tu okay je,sembang-sembang, tolong ambikkan gambar diorang. Aku datang sini ramai pulak aku kenal-kenal, dengan tourists,pak arab, akak indon, mat saleh ha gitu.


Dah nak balik. Oh ya, kali ketiga aku pergi tu.Aku baru sewa locker,before tu aku letak beg tepi-tepi kawasan sekitar je, sebab mahal sangat locker dia. Hari last tu aku baru sewa locker luar,murah la bawah RM10.Tapi aku still kena bawak kad Annual Pass aku tu masuk.Alhamdulillah ok je selamat.


After balik singgah Sunway Pyramid,minum Koi saja nak rasa. Adakah Koi ni keturunan Pahang?


Kamsahamnida!