Pages

Wednesday, 15 April 2020

Tauliah, the biggest reward after three years Part 1.

Tahun lepas, hujung bulan 7 aku pergi tauliah dekat UTM Skudai, Johor tapi sebelum pergi sana aku pergi Sarawak dulu balik UNIMAS ambik barang-barang apa yang patut kiranya gerak dari sana.

Ni gambar kilat kasut dekat rumah dengan harapan nanti sampai sana polish sikit-sikit jer.Kanan before Kiri after.

Flight kitaorang dari Kuching ke Johor free, kerajaan tanggung.First time la orang belanja flight dan amazed sebab boleh kira 70% of the flight full dengan kitaorang.


Sorry gambar Airforce takda dalam simpanan.



Dah sampai Johor. Ni Mortar geng, gali kubu sama-sama and cepat2 sebab nak tidur sambil stargazing dekat hutan, one of the experiences yang paling aku bangga dalam hidup aku sebab fedup nak mampos huhu.

Ni pulak hostel UTM,3minggu tidur sini.




Sorry tak senonoh just nak emphasize first day latihan dah ada halal gap dekat dahi.

Kitaorang pergi sana dalam awal 5 hari rasanya sebab nak revise apa yang patut before masuk kawad dengan universiti lain, semua universiti awam la basically. Official first day, kitaorang kena kumpul dekat dewan watikah. First day, aku dah hilang spek sebab masa tu kalut ada ice breaking buat kumpulan. Satu kumpulan, 100 orang haha ramai nak mampus tapi still in control, ashkerrr en. Dalam group aku, empat orang je dari UNIMAS yang lain merata. Macam biasa ada trademark semua tu and dekat sini aku amazed dengan UPNM sebab ramai yang lead the groups termasuk group aku. Pastu episode malang aku berterusan lagi bila kena wakil ulas pasal group aku, aku dah buat muka confident kot dengan harapan dia pass mic dekat orang yang malu-malu kucing menunduk2 tu nasib gak rabun tak nampak orang bawah.

Kopi Wonda ni kadang-kadang mampu menyelamatkan diriku daripada tidur.Skin was getting worse.

One word,Barai.

Kalau nak tanya buat apa jer dekat Johor ni,basically rutin harian kitaorang, pagi bangun 4.30 atau 5.00 gitu bangun mandi, ambik weapon sebab kawad pakai tu. Solat subuh, turun makan.Pukul 7 pagi gerak pergi padang kawad, jalan kaki je.Universiti lain dengan bas masing-masing, kalau UNIMAS dengan UMS tiba-tiba bawak bas sendiri terkejut semua orang.Pukul 7.30 camtu rasanya, masuk padang.Kawad punya kawad punya kawad,tengahari balik makan.Petang dalam Kul 2 sambung kawad sampai petang.Tak kisah la hujan ke apa harung je.


See?I'm not joking.Cc photographer yang sudi share link,Tq.

Ada hari yang nasib baik, kitaorang dapat balik kawad awal. Malam pulak kumpul dekat dewan watikah praktis nak terima watikah dari TMJ(time tu). Balik malam tu, kiwi kasut.Baju takyah iron heaven sikit sebab Cik Kong hantar dobi dry cleaning. Ada hari kena kumpul untuk test baju One dress. Ada satu hari tu dapat main frisbee by group yg form awal-awal tu.Tauliah ni first time lain daripada yang lain dulu takdanya pukul 5 lebih dah boleh balik. Aku boleh cakap camtu sebab aku join fitik masa tauliah senior dulu dekat Penang.

Mandi hujan sama-sama padahal masing-masing tak kenal.
Lepas gabung markah dekat dewan and frisbee ni, dapat la juara keseluruhan.Hadiah dia duit and diorang decide bagi dekat skuad yang ada parents diorang meninggal time tu.Masa tu aku rasa macam terharu jap dapat kawan-kawan baru cemni sebab masing-masing baru kenal kat situ.


Tak tahu day ke berapa.
Ni maybe awal-awal putih ciket.

Rahsia bahu tegak.
Fedup ke kadet.




A day before tauliah.
My Essential kit.
Kit ni akan pakai lepas kau dah mengah-mengah kawad tu, kira dah official jadi Leftenan Muda,  simpan weapon tukar kasut and kit dekat backstage la kiranya.Sumpah mengah,sebab lepas tu kau kena berlari ke dewan macam marathon tu bukan berlari-lari anak ya kawan-kawan.



Pagi nak tauliah,muka panau of the day HAHAHA.

Nanti Part 2 pulak aku sambung sebab banyak sangat dah.Saja share banyak-banyak dekat sini even aku patut guna google drive kalau takot sangat hilang.Daaaa zzzz.
Kamsahamnida!

2 comments :